fbpx

Liverpool kalah, budak Manchester United yang seronok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 'troll' yang dilakukan peminat Manchester United di laman sosial malam ini.

PETALING JAYA – Walaupun pernah mengalami kekalahan memalukan di Anfield dengan tujuh gol, peminat pasukan Manchester United nampaknya tidak mengendahkan sejarah kotor tersebut.

Ini kerana pasukan seterunya Liverpool telah dikalahkan oleh pasukan The Citizen, Manchester City 4-1 sebentar tadi.

Gol tunggal Liverpool dijaringkan oleh penyerang prolifik mereka, Mohamad Salah.

Rata-rata laman Facebook bola sepak pro Manchester United malam ini telah memulakan serangan psikologi mereka terhadap pasukan The Red.

Pengguna laman sosial juga turut ‘pening’ dengan kelakuan laman-laman pro Manchester United kerana yang memenangi perlawanan malam ini adalah Manchester City, bukan Manchester United.

“Ya, kadang aku pelik yang menang tu pasukan lain yang beria bahan orang tu pasukan lain. Apa masalah dia pun aku tak tahu,” kata Jo Rahman.

“Perangai peminat Manchester United ni dah rosak otak rasanya, janji Liverpool kalah mesti ada sahaja bahan dia,” jelas Khairul Fahmi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI