fbpx

BABA’S agih 6,000 bubur lambuk imarah Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrain mengacau bubur lambuk pada program Rasa Bubur Lambuk Warisan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. - FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Pengeluar rempah ratus terkemuka, BABA’S mengagihkan sebanyak 6,000 bubur lambuk kepada orang ramai dan barisan hadapan di sekitar daerah ini, hari ini.

Uniknya, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu julung kali disertai syarikat berkenaan bagi mengeratkan ukhuwah dan mengimarahkan sambutan Ramadan.

Ketua Pemasaran BABA Product (M) Sdn. Bhd., Azrain Mohamad berkata, pihaknya memperuntukkan lebih 100 kilogram (kg) produk syarikat itu bagi membuat bubur tersebut.

“Setiap masakan itu menggunakan produk BABA’S seperti serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, rempah sup dan serbuk kurma.

“Lebih menarik apabila ia menghimpunkan resepi bubur lambauk dari 10 negeri termasuk Sarawak yang mempunyai keunikan tersendiri,” katanya ketika ditemui pada program Rasa Bubur Lambuk Warisan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini.

Selain pengagihan secara pandu lalu, kakitangan BABA’S dan beberapa syarikat penaja lain mengedarkan bubur itu di balai bomba, hospital dan beberapa lokasi tumpuan umum.

Pada program itu, syarikat berkenaan turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada 70 anak yatim di negeri ini.

Jelas Azrain, program itu disifatkan berbeza kerana bertemakan tradisi dan warisan yang mengimbau nostalgia rakyat.

“BABA’S sebagai salah satu penaja berbesar hati menyertai program itu yang diharap dapat diperluaskan dalam skala lebih besar di setiap negeri.

“Selain berkongsi rezeki, inisiatif seumpama ini dalat merapatkan lagi ukhwah dengan pelanggan kami,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya yang kini memiliki sebanyak 41 produk sentiasa mengutamakan pelanggang dan citarasa tempatan sejak bertapak pada 1977. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI