fbpx

SIRIM Berhad sasar lahir 50,000 usahawan menjelang 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Sabirin Arshad (dua dari kanan) dan Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir (dua dari kiri) menyerahkan bantuan pembungkusan kepada usahawan karipap kentang, Melor Misnan pada majlis berbuka puasa di Seremban hari ini.-foto- ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/KOSMO!

SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dikendalikannya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, jumlah usahawan tersebut termasuk dalam kalangan golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) serta usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana.

“Ia termasuk menerusi pelaksanaan CSR bagi membantu usahawan yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40. Ini membantu bagi meningkatkan produktiviti melalui pembangunan jenama dan pelabelan sekali gus mentransformasi golongan tersebut menjadi usahawan yang berdaya saing di peringkat tempatan dan global.

“Keusahawanan yang berkualiti dapat mengubah masyarakat ke arah ekonomi dan sosial yang lebih baik dan berdaya saing. Ia memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi di seluruh dunia,” katanya selepas Majlis Penyerahan Pembungkusan Produk Usahawan B40 dan Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Sabirin berkata, pihaknya telah melaksanakan CSR dengan memperuntukkan sejumlah RM200,000 kepada 10 orang usahawan di Negeri Sembilan dan 10 orang lagi usahawan dari Melaka yang masing-masing merupakan golongan asnaf dan kumpulan B40.

“Bantuan yang diberikan kepada 20 orang usahawan terlibat adalah melibatkan latihan dan khidmat rundingan perniagaan melalui Pusat Reka Bentuk Pembungkusan dan Percetakan Keselamatan SIRIM (PSDC) dan SIRIM STS Sdn. Bhd.

“Khidmat rundingan perniagaan juga disediakan iaitu melalui pembangunan jenama, pelabelan, kandungan nutrisi, bahan promosi dan kursus asas pemasaran digital,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI