fbpx

Perkembangan sejarah muzik indie dalam Pekik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM dokumentari Pekik melibatkan penyertaan daripada ramai artis indie seluruh negara.

SEKITAR hujung tahun 1980-an sehingga 1990-an, muzik underground yang membabitkan band-band indie mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga mampu berkembang pantas serta meluas di Malaysia.

Ketika itu, lahir pelbagai band indie hebat seperti Butterfingers, OAG, Monoloque, Hujan, Blind Tribe dan banyak lagi.

Atas kegemilangan populariti yang diraih kumpulan popular tersebut mencetuskan idea buat Studio Pixels Sdn. Bhd. untuk menghasilkan sebuah filem dokumentari berjudul Pekik.

Penerbit naskhah berkenaan, Fareeq Alias berkata, Pekik merupakan naskhah yang menceritakan kisah muzik rock indie di Malaysia yang mengambil dari sudut pandang ahli-ahli band sendiri.

“Filem dokumentari ini menggabungkan temu ramah dan footage persembahan band dalam usaha menjejaki perkembangan ‘scene underground’ di Malaysia bermula akhir 1980-an sehinggalah meletusnya fenomena muzik indie sekitar dua dekad selepas itu.

“Pekik juga cuba untuk menyingkirkan mitos negatif yang sering menyelubungi ‘scene’ ini dengan menggambarkan subkultur dengan lebih tepat melalui perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak atau mereka yang terbabit dengan muzik ini,” katanya.

Tambah Fareeq, filem berdurasi dua jam tersebut memaparkan temu bual bersama pemuzik rock bebas lama dan baharu serta rakaman konsert utama melibatkan kumpulan terlibat selama beberapa dekad.

Penggambaran menghasilkan Pekik berjalan selama setahun serta mendapat bantuan dan sokongan daripada MyCreative Ventures.

“Pada saya, Pekik merupakan ekskavasi tiga dekad ceritera dan kisah silam sejarah muzik bebas Malaya, digali dan dikupas semula untuk dikongsikan kepada yang mengikuti.

“Selain memfokuskan terhadap perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak, Pekik turut menyelitkan persembahan secara langsung daripada band-band yang masih aktif dari dahulu sehingga sekarang,” katanya lagi.

Antara anggota band indie yang terbabit dalam pembikinan Pekik ialah Aru Peruzza (Koffin Kanser), Radhi (OAG), Loque dan Emmet (Butterfingers), Izzat Uzaini (Hujan), Tam (Blind Tribe), Francis Wolf (Spunky Funggy) dan Myo (Muck).

Pekik akan mula ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 1 April ini atau boleh distrim menerusi platform On Demand dan Astro Go. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN