fbpx

NCT Dream gegar Axiata Arena 20 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NCT Dream menjanjikan persembahan terbaik pada penganjuran Konsert NCT DREAM Tour 'The Dream Show 2: In A Dream' in Kuala Lumpur pada 20 Mei depan.

MENYERTAI kehangatan lambakan konsert yang datang tanpa henti ke negara ini, sub-unit kumpulan K-pop terkenal, NCT iaitu NCT Dream mengambil giliran menghiburkan peminat tempatan.

Kumpulan itu akan kembali ke Malaysia menerusi penganjuran konsert sulung, NCT DREAM Tour ‘The Dream Show 2: In A Dream’ in Kuala Lumpur pada 20 Mei depan.

Sebelum ini, NCT Dream pernah hadir ke Malaysia sekitar awal tahun lalu menerusi Festival SEEN 2023. Kali pertama mereka berkunjung ke sini sekitar 2019.

Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, konsert yang dianjurkan Star Planet dan dipersembahkan oleh Yes 5G tersebut menjanjikan persembahan terbaik daripada NCT Dream.

Dianggotai tujuh ali, Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Chenle, Jaemin dan Jisung, konsert NCT Dream kelak akan menghimpunkan barisan karya terbaik daripada kumpulan itu sejak memulakan debut pada 2016.

Penjualan tiket konsert kumpulan tersebut akan dibuka bermula 6 April depan pukul 2 petang menerusi my.bookmyshow.com.

Tiket ditawarkan bermula RM298 sehingga RM798 mengikut kategori dan tempat duduk yang ditetapkan.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi talian 03-9223 3667 atau layari laman web www.starplanet.com.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI