fbpx

Malaysia mengalu-alukan inisiatif BRI China – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan pertemuan dengan mahasiswa dan tenaga pengajar Universiti Tsinghua di Beijing pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengalu-alukan inisiatif oleh Presiden China, Xi Jinping untuk berkongsi kekayaan dan pembangunan melalui Inisiatif Jalur Sutra Baru (BRI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan ke negara itu berkata, China kini di depan dalam mendepani tentangan dunia terutama dalam hal perubahan iklim dan telah serta sedang melakukan yang terbaik ketimbang negara-negara di Eropah.

“Ini yang cuba diterjemah Presiden Xi Jinping tatkala beliau berbicara mengenai kemanusiaan dan peradaban.

“Pemimpin dan negara mesti bergerak ke depan mendepani ‘creative destruction’ dan tidak boleh kita teruskan etika yang lama dan usang untuk mempaculkan sistem dan budaya baharu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan mengadakan pertemuan dengan mahasiswa dan tenaga pengajar Universiti Tsinghua di Beijing pagi tadi.

Menurut Anwar, beliau turut menyentuh mengenai keadaan semasa berhubung geopolitik dan diplomasi antarabangsa di mana era penjajahan, imperialisme, mahupun neo-imperialisme telah berakhir.

Jelas beliau, tidak ada mana-mana negara, adikuasa terutamanya mempunyai hak atau kuasa untuk membidak catur mana-mana negara.

“Akhir ucapan saya titipkan pesan kepada mahasiswa di sini untuk berusaha bersunguh-sungguh dalam pelajaran dan pelajari serta garap sejarah seperti Confucius tidak membawa mesej-mesej berbaur ‘parocialism’, tetapi kemanusiaan dan kasih sayang.

“Mesej yang sama ditekankan oleh al-Quran untuk saling kenal dan memahami antara satu dengan yang lain, bukan mencari jalan untuk membenci dan mencipta perbalahan,” katanya.

Kata Anwar, beliau turut menyebut mengenai hubungan akrab antara Malaysia dan China dengan memetik kisah pengembaraan Laksamana Cheng Ho ke Melaka pada 1453 sebagai ‘encounter’ pertama Malaysia dengan China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI