fbpx

Kanak-kanak maut jatuh tingkat 16 pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan pihak polis menunjukkan lokasi kanak-kanak tersebut terjatuh.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam tentang kejadian tersebut kira-kira pukul 4.15 petang.

“Siasatan pasukan polis dari Balai Polis Jinjang mendapati mangsa tinggal berdua dengan kakaknya yang berumur 18 tahun di rumah tersebut.

“Semasa kejadian berlaku, kakak mangsa telah meninggalkan mangsa yang sedang bermain permainan komputer untuk ke tandas.

“Apabila keluar dari tandas, kakak mangsa terlihat mangsa sedang memanjat tingkap di dalam bilik tersebut dan berlari ke arahnya untuk tarik ke dalam, namun tidak sempat kerana mangsa telah pun terjatuh,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut siasatan juga katanya, pihak polis mendapati rumah tersebut tidak dilengkapi dengan jeriji besi dan mengesan satu artikel menerusi komputer yang dilayari oleh mangsa berkenaan ‘How to die in apartment’ (bagaimana untuk mati dalam apartmen).

“Mangsa disyaki telah tergelincir keluar dari tingkap semasa sedang memanjat tingkap di dalam bilik utama rumah tersebut.

“Siasatan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden ini.

“Namun polis sudah semak komputer yang dilayari mangsa dan terkesan satu artikel dipercayai dilihat oleh mangsa ‘How to die in apartment’.

“Kakaknya menyatakan mangsa berkelakuan normal dan tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk bunuh diri sebelum ini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur telah mengesahkan kematian mangsa dan mayatnya telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kami menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI