fbpx

Bunga Isme dirisik tapi belum sedia bergelar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA ISME

KUALA LUMPUR – Diam-diam ubi berisi, penyanyi rap Bunga Isme mengakui dirinya sudah dirisik oleh jejaka yang juga seorang komposer dikenali sebagai Amzar pada Februari lalu.

Kongsi pemilik nama penuh pemilik nama penuh Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari itu, jejaka yang memiliki hatinya ketika ini ialah seorang yang turut terlibat dalam industri seni.

“Status saya kini ialah sudah dirisik oleh kekasih pada Februari lalu.

“Lelaki tersebut ialah seseorang yang terlibat dalam industri seni,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Warner Music Malaysia di sini semalam.

Meskipun dirinya sudah disunting, pelantun lagu Belai itu menegaskan masih belum bersedia untuk bergelar seorang isteri dalam tempoh terdekat.

Baginya, pendirian tersebut adalah kerana ingin melunaskan beberapa impian hidup yang masih tertunda terutama berkaitan kerjaya dan keluarga.

“Memang ada rancang kahwin tetapi bukan pada tahun ini atau tahun depan. Sejujurnya belum bersedia sebab saya ada banyak perancangan yang masih tertunai.

“Saya dan pasangan pun nak merancang sesuatu yang lebih besar dan kahwin jadi perkara nombor dua ketika ini.

“Pertama ialah keluarga dan diri sendiri,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, dia dan kekasih juga tidak mahu tergesa-gesa dalam mendirikan rumah tangga tambahan pula tempoh perkenalan selama empat tahun masih dianggap terlalu singkat.

“Kahwin itu sangat besar dan enggan terlalu terburu-buru sebab baru kenal empat tahun.

Malah, saya pun baru berusia 23 tahun, masih muda. Peralihan untuk berkahwin itu bagi saya sesuatu yang sangat besar,” jelasnya.

Sebelum ini, Bunga tidak pernah merahsiakan hubungan istimewanya dengan Amzar malah terbuka berkongsi tentang perkara itu kepada umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI