fbpx

Berlakon dengan Sophia AlBarakbah? Alif Satar okey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERSIKAP profesional, Alif tidak kisah jika digandingkan dengan Sophia dalam mana-mana naskhah selepas ini.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Alif Satar berkata, dia tiada masalah jika digandingkan dengan aktres yang terkait isu penyondol, Sophia AlBarakbah.

Alif, 33, berkata, dia sentiasa bersikap profesional dan terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pelakon dalam naskhah drama atau filem.

“Tidak profesional kalau saya pilih-pilih pelakon, tidak kisah heroin itu baharu atau lama, berbakat atau tidak. Kalau dia ‘kayu’, saya akan pastikan dia boleh berlakon dengan baik.

“Saya terima saja kalau ada peluang berlakon dengan Sophia. Setakat ini tak pernah tercabar. Cubalah kacau saya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Baju Melayu Yang Cool kolaborasi bersama Al Ikhsan dan Iktikaf Alif di The Curve, Damansar baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu mengakui kesibukan sebagai selebriti dan usahawan membataskan dirinya untuk memikirkan tentang orang ketiga.

Tambahnya, dia tidak pernah tergoda dengan wanita lain dan menganggap isterinya sudah cukup sempurna.

“Saya ada macam-macam benda nak kena buat, tak ada masa nak fikir kau cantik (cuba menggatal dengan perempuan lain).

“Bila kita kahwin, memanglah ada pasang surutnya, tak mungkin kita gembira sepanjang masa. Kita pun ada masalah tapi kita lalui juga, itulah perkahwinan,” katanya lagi.

Alif mendirikan rumah tangga dengan Sha Dila Halid, 39, pada 15 September 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad ‘Ali, empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI