fbpx

BDB perkukuh divisyen ECQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Had (dua dari kiri) bersalaman bersama wakil Gemi Puncak Sdn. Bhd. dan Gemi Puncak Quarry Sdn Bhd., Ooi Chin Tong pada majlis perjanjian jual beli saham kelmarin.

ALOR SETAR – BDB Infra Sdn. Bhd. (BDB Infra), anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) memperkukuhkan segmen perniagaan perlombongan kuarinya dengan menandatangani perjanjian jual beli saham Gemi Puncak Sdn. Bhd. dan Gemi Puncak Quarry Sdn. Bhd.

Ia melibatkan pembelian saham syarikat-syarikat tersebut pada harga RM13 juta.

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, perancangan pengambilalihan berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan perniagaan Kumpulan BDB terutamanya melibatkan divisyen Kejuruteraan, Pembinaan dan Kuari (ECQ). 

“Ia bakal meningkatkan lagi portfolio Kumpulan BDB dan memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan aset bersih sesaham syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, selain dijangka turut memberi impak kepada pendapatan syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis menandatangani perjanjian jual beli saham berkenaan di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar kelmarin, yang turut dihadiri Pengerusi BDB, Che Had Dhali.

Raja Shahreen menambah, Gemi Puncak Quarry yang terletak di Ulu Melaka, Langkawi merupakan kuari granit terbesar di pulau itu dengan keluasan 24.3 hektar.

“Kuari  berkenaan  memiliki  jumlah  pengeluaran  tahunan  sebanyak  240,000  tan metrik  dan sekaligus  akan  menambah  portfolio  kuari  Kumpulan  BDB  selepas Kuari  Bukit  Perak  di Pendang, Kedah. 

Kumpulan BDB berharap menjadi pembekal produk kuari utama di Langkawi dan sekaligus dapat memastikan penawaran barangan kuari yang berkualiti dan mencukupi untuk pembangunan di Langkawi pada masa hadapan,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI