fbpx

Andmesh Kamaleng tunai impian bikin konsert di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDMESH Kamaleng tidak sabar menghiburkan peminatnya di Malaysia menerusi konsert sulung diadakan di Dewan Plenary pada 4 Jun depan.

PETALING JAYA – Sekian lama menyimpan hasrat mengadakan konsert di Malaysia, impian penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng akhirnya bakal terlaksana pada Jun depan.

Kata penyanyi juga komposer itu, melihat ramai rakan seperjuangan ‘turun’ ke Kuala Lumpur dengan persembahan mega selain mendapat permintaan peminat di negara ini membuatkannya teruja menunggu giliran.

“Tidak sabar rasanya hendak menghiburkan peminat di Malaysia pada Jun depan dalam sebuah konsert istimewa yang bertemakan cinta.

“Ini merupakan konsert pertama saya di Malaysia yang tentu saja sudah lama saya idamkan sejak dahulu,” katanya.

Andmesh turut membawa pemuzik dari Indonesia bagi menyuntik kesan mendalam terhadap rangkaian dendangan khusus untuk kepuasan pendengar tegar.

“Seramai enam orang pemuzik profesional dari Indonesia bakal mengiringi saya ketika konsert yang dijangkakan berlangsung selama dua jam.

“Konsep konsert nanti bertemakan cinta, saya mahu kesemua penonton yang hadir merasakan ‘cinta’ menerusi muzik, lirik dan melodi yang saya bawakan,” ujarnya.

Karyawan seni berusia 25 tahun itu mengakui persiapan untuk acara mega tersebut kini rancak dijalankan bagi memastikan setiap penonton merasai pengalaman yang maksima.

“Istimewanya pada konsert itu nanti susunan muzik juga akan mengalami perubahan, khas buat peminat di Malaysia, jadi rugi bagi siapa yang tidak menghadirkan diri.

“Saya berharap peminat terkesan dengan untaian rasa yang saya persembahkan, menghayati makna cinta dengan karya saya, seterusnya pulang dengan memori indah,” ujarnya lagi.

Pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng itu bakal menyampaikan 15 buah lagu untuk konsert yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 4 Jun depan.

Terdahulu, lagu Cinta Luar Biasa daripada album pertamanya yang dilancarkan pada 2019 melonjakkan nama penyanyi itu sehingga dikenali ramai di rantau Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, karya tersebut yang membawa Andmesh memenangi AMI Awards 2019 kategori Artis Solo Pria Pop Terbaik turut dinyanyikan semula dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris dan Korea.

Tiket Konsert Andmesh Kamaleng Live in Malaysia mula dijual pada 30 Mac lalu menerusi andmesh.ubertickets.asia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI