fbpx

Ambil masa 4 bulan saja, FIFTY FIFTY cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN FIFTY FIFTY

SIAPA cakap kumpulan baharu yang baru merangkak dalam industri tidak mampu mencipta kejayaan luar biasa? Kumpulan FIFTY FIFTY membuktikan semua itu tidak mustahil.
Dek penangan lagu popular mereka berjudul Cupid, FIFTY FIFTY terus mencapai kejayaan peribadi apabila berjaya menyertai senarai lagu terbaik dalam carta Billboard Hot 100.

Lagu kumpulan itu menduduki tangga ke-100 sekali gus menjadikan mereka sebagai artis K-pop keenam yang berjaya lolos dalam carta popular tersebut selepas Wonder Girls, BTS, Blackpink, Twice dan New Jeans.
FIFTY FIFTY juga mencatat rekod sebagai kumpulan K-pop paling pantas menembusi carta berkenaan.

Mereka hanya mengambil masa selama empat bulan sejak memulakan debut secara rasmi pada 18 November tahun lalu. Rekod tersebut juga memadam pencapaian kumpulan NewJeans menerusi lagu Ditto yang mengambil masa selama enam bulan selepas memulakan debut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI