fbpx

Polis terima 155 laporan kerosakan, kerugian RM566,830

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kanopi besar yang diterbangkan angin di tapak Festival Mega Raya Aidilfitri di Kangar Jaya di Kangar pada petang semalam.

KANGAR – Sebanyak 155 laporan diterima pihak polis berhubung kerosakan harta benda akibat ribut yang melanda Perlis semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, sehingga semalam, pihaknya belum menerima laporan mengenai kemalangan jiwa mahupun kecederaan akibat bencana tersebut.

“Sebanyak 155 laporan diterima mengenai kejadian ribut di seluruh Perlis dan anggaran kerugian setakat ini kira-kira RM566,830.

“Kebanyakan laporan diterima adalah kerosakan akibat ribut dan pokok tumbang yang menghempap kenderaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sejurus selepas kejadian ribut sekitar pukul 5 petang itu, aliran trafik perlahan disebabkan pokok tumbang yang menghalang laluan pada waktu puncak.

Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) negeri memaklumkan pihak itu menerima 22 laporan mengenai pokok tumbang dan bumbung tercabut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI