fbpx

Piala Asia B-17 2023: Skuad negara dapat undian ‘mudah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua jurulatih, Osmera Omaro bersama pengurus skuad B-17 negara, Christopher Raj pada sesi undian Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand sebentar tadi.

PETALING JAYA: Skuad bawah 17 (B-17) kebangsaan mendapat tonik terbaik menjelang kempen Piala Asia B-17 2023 selepas Kumpulan A bersama negara Yemen, Laos dan pasukan tuan rumah, Thailand.

Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad B-17 negara, Osmera Omaro percaya undian kali ini tidak semudah yang disangka selain menyeru agar barisan pemain bersedia dengan setiap cabaran yang bakal diberikan pasukan pesaing.

Kata Osmera, di atas kertas, Kumpulan A memang nampak senang memandangkan ada dua pasukan Asia Tenggara dengan sasaran pasukan adalah untuk mara sejauh yang mungkin.

“Berdasarkan undian tadi, kita tidak terkejut dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Bila dah sampai peringkat ini, tiada kumpulan yang senang tetapi bila kita lihat ada dua negara Asia Tenggara, peluang kita mungkin cerah.

“Secara keseluruhan, Thailand bakal memberikan kita kesukaran memandangkan mereka adalah tuan rumah. Yemen pula dilihat begitu cemerlang pada kempen kelayakan dan Laos juga boleh melakukan kejutan,” katanya selepas tamat undian di Bangkok sebentar tadi.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan harapan yang tinggi agar skuad B-17 negara dapat menjadi pasukan pertama negara layak ke pentas Piala Dunia secara merit.

Skuad remaja Harimau Malaya bakal mengharungi saingan Piala Asia B-17 2023 di Thailand pada Jun depan dengan empat tiket automatik ke kejohanan Piala Dunia B-17 2023 di Peru menjadi rebutan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin optimis skuad B-17 tidak mempunyai masalah untuk melakar kejutan mara ke peringkat kalah mati atau melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik di pusingan suku akhir nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI