fbpx

Kuartet 4x100m menang emas di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUARTET 4x100m negara meraih pingat emas Terbuka Australia dengan catatan masa 39.96s pada aksi di Brisbane sebentar tadi.

PETALING JAYA – Kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara mencipta sensasi apabila memenangi pingat emas Terbuka Australia di Queensland Sport & Athletics Centre (QSAC), Brisbane sebentar tadi.

Gandingan diketuai Muhammad Zulfiqar Ismail sebagai pelari pertama diikuti Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya mencetak masa 39.96 saat (s).

Catatan itu membolehkan mereka meraih pingat emas, menewaskan Singapura di tempat kedua (40.28s) dan kuartet dari Victoria, Australia di tempat ketiga dengan masa 41.66s.

Ketua jurulatih pecut negara, Mohd. Poad Kassim bersyukur dengan kejayaan anak-anak buahnya memandangkan ia adalah perlumbaan pertama kuartet 4x100m negara untuk tahun ini.

Bagaimanapun, kuartet negara perlu memperbaiki kelemahan bagi melakukan catatan masa lebih pantas supaya berpeluang menaiki podium pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei depan.

Di Sukan SEA Hanoi tahun lalu, kuartet 4x100m diwakili Haiqal, Khairul, Muhammad Arsyad Md. Saad dan Muhammad Azeem Mohd. Fahmi mencipta rekod kebangsaan dengan masa 39.09s untuk meraih pingat perak.

Sementara itu, jaguh lompat kijang Asia Tenggara, Andre Anura Anuar berjaya mengesahkan slot ke final pada Sabtu ini selepas melakukan catatan ketiga terbaik di peringkat kelayakan sebentar tadi.

Andre berjaya melepasi had kelayakan iaitu 15.50m dengan catatan 15.63m, ketiga terbaik di belakang atlet Victoria, Aiden Hinson yang melakukan 16.31m dan Connor Murphy (New South Wales) 16.05m. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI