fbpx

Koleksi fesyen CTH Unlimited sesuai dengan jiwa remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koleksi pakaian terbaharu daripada Cheetah yang diinspirasikan daripada sukan tinju.

PETALING JAYA – Cheetah Holdings Berhad yang mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2005 dan terkenal dengan barisan pakaian berkonsepkan pakaian bergaya dan sukan telah meluaskan koleksi fesyennya dengan memperkenalkan CTH Unlimited.

Pengenalan fesyen yang lebih bergaya dengan penampilan logo baharu yang bersesuaian dengan jiwa belia itu bertujuan untuk memenuhi perubahan gaya hidup dan cita rasa masyarakat masa kini.

Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings, Roy Ho Yew Kee berkata,  CTH Unlimited turut memperkenalkan rangkaian pakaian yang penuh kuasa yang digelar The Challenger yang telah direka khas oleh pengarah kreatif dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie.

“Golongan muda hari ini begitu arif mengenai fesyen dan cukup peka mengenai nilai yang yang sesuai dengan duit yang dibayar”.

“Gaya dan barisan terbaharu CTH Unlimited menyediakan gabungan sempurna gaya, keselesaan, kualiti dan fesyen yang kehadapan,” katanya

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran koleksi CTH Unlimited itu di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, syarikat bakal mengeluarkan lebih banyak gaya dan variasi untuk kategori wanita pada masa depan.

Sementara itu, Mandagie menjelaskan, koleksi The Challenger adalah bersesuaian dengan tema  barisan pakaian baharu CTH Unlimited kerana ia diinspirasikan daripada lonjakan adrenalin daripada sukan tinju. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI