fbpx

Kedai nasi kandar buka awal diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lauk yang didapati sudah mula dijual seawal pukul 12.30 tengah hari di sebuah premis di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga nasi kandar di sini memberi alasan kurang memperoleh keuntungan sekiranya memulakan perniagaan selepas pukul 3 petang ketika premisnya diserbu penguat kuasa agama tengah hari ini.

Peniaga terbabit juga mendakwa ramai penjual lain yang membuka kedai sebelum masa ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, dalam operasi Khas Ramadan Bersepadu kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu mendapati lebih 10 jenis lauk sudah tersedia di atas rak makanan premis.

Katanya, pihaknya juga menemui makanan dan minuman berbungkus yang disyaki untuk dijual kepada kaki ponteng puasa.

“Alasan yang diberikan adalah keuntungan berniaga kurang jika buka kedai lewat selain ramai lagi peniaga beroperasi awal,” katanya di sini hari ini.

Katanya, premis sama pernah diserbu pada Ramadan tahun lalu atas kesalahan sama dan peniaga diberi amaran agar menghormati bulan puasa serta mematuhi peraturan ditetapkan.

“Sekiranya peniaga didapati menjual sebarang makanan, minuman, rokok atau barangan lain seumpamanya dalam waktu berpuasa, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014,” ujarnya.

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) mengeluarkan kompaun ke atas premis berkenaan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen perniagaan, memulakan operasi sebelum pukul 3 petang dan tiada lesen iklan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI