fbpx

Empat beradik selamat dikebumi dalam satu kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa mangsa, Thein Ko Htut mengangkat jenazah anaknya untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar malam ini.

MUAR – Jenazah empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu kubur malam ini.

Kesemua mereka iaitu Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, kira-kira pukul 8.15 malam.

Empat beradik yang maut dalam insiden kebakaran rumah.

Terdahulu, keempat-empat jenazah disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dengan turut disertai ahli keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Ibu bapa mangsa, Nabila Sedu, 31 dan Thein Ko Htut, 30, kelihatan sugul dan tidak bermaya tatkala mengiringi jenazah keempat-empat anak mereka.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat kanak-kanak malang berkenaan ditemui maut dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan daripada kejadian kebakaran yang berlaku di kediaman mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI