fbpx

Ahmad Zahid dijangka persembah calon Ketua Menteri Melaka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN rasmi Mohd. Ali Rustam kelihatan memasuki ke Seri Negeri, Melaka pada pukul 9.53 pagi tadi. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Seri Negeri di sini, hari ini bagi mempersembahkan nama calon Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Semalam, beliau yang juga Presiden UMNO telah mengesahkan penyandang, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah menyerahkan surat perletakan jawatan dan keputusan pemilihan pengemudi baharu akan diputuskan oleh Mohd. Ali.

Sementara itu kira-kira 20 pengamal media telah berkumpul di pekarangan Seri Negeri sejak pukul 8 pagi tadi bagi menunggu ketibaan Ahmad Zahid.

Sulaiman turut dilihat memasuki pejabatnya di Seri Negeri menggunakan kenderaan rasmi pada pukul 8.59 pagi diikuti kenderaan rasmi milik Mohd. Ali kira-kira pukul 9.53 pagi.

Spekulasi peletakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang Ke-13 itu kembali bertiup kencang sejak semalam menyaksikan bakal berlaku perubahan tampuk kepimpinan negeri.

Desas-desus itu turut mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu pada pukul 3 petang esok.

Ab. Rauf ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Badan Perhubungan UMNO Melaka di Seri Negeri bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu dan meminta agar semua pihak untuk menunggu pengumuman rasmi dibuat berhubung perkara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI