fbpx

LLM, syarikat konsesi kerjasama lancar sistem bayar tol secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi akan bekerjasama melancarkan sistem pembayaran tol secara terbuka (open payment system).

LLM menerusi satu kenyataannya berkata, ia akan dilaksanakan dengan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.

“Ia juga adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem multi lane fast flow (MLFF) yang giat diusahakan ketika ini.

“Ini adalah merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan memberi pilihan serta kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya,” kata kenyataan tersebut.

Pihak LLM sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada pengguna lebuh raya kerana komitmen dan sokongan berterusan pengguna amat diharapkan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI