fbpx

Kadar pakaian istiadat pegawai awam naik daripada RM1,500 kepada RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kadar pakaian istiadat bagi pegawai perkhidmatan awam yang layak menghadiri upacara rasmi dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,500 iaitu menyaksikan kenaikan lebih 100 peratus.

Dalam satu surat edaran dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Mac lalu, penambaikan peraturan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.1.2.2 (Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi).

Surat berkenaan ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed menjelaskan, kenaikan kadar pakaian istiadat itu merangkumi pakaian siang dan malam yang boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh tiga tahun selain disokong dengan resit.

“Selaras dengan usaha berterusan memastikan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia kekal relevan dan terkini, kerajaan bersetuju Kemudahan Pakaian Istiadat ditambah baik.

“Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, ceraian ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” kata surat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI