fbpx

Gunung berapi aktif dikesan di Zuhrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA saintis telah lama berpendapat bahawa Zuhrah mempunyai gunung berapi aktif. – Gambar hiasan

Planet Zuhrah mempunyai gunung berapi aktif dan pernah dilaporkan meletus berdekad-dekad lalu berdasarkan imej yang diperoleh saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Kapal angkasa Magellan NASA memerhatikan gunung berapi Maat Mons dua kali iaitu pada tahun 1990 dan 1992.

Dalam pemerhatian tersebut, gaung gunung berapi di planet Zuhrah itu telah berubah daripada bulatan 2.2 kilometer (km) persegi kepada gumpalan 4 km persegi.

Menurut saintis dari Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS), Paul Byrne, perubahan itu menunjukkan bahawa letusan gunung berapi telah berlaku.

“Zuhrah mempunyai saiz dan jisim yang sama dengan Bumi.

“Jadi, ia sepatutnya mempunyai jumlah haba dalaman yang sama.

“Para saintis telah lama berfikir bahawa Zuhrah mempunyai gunung berapi. Kami juga yakin gunung berapi di planet itu masih boleh meletus sekarang,” katanya.

Tambahnya, perkara tersebut dijangka berlaku kerana pola gunung berapi meletus tidak hanya berlaku sekali dalam tempoh 30 tahun.

Saintis planet dari Universiti Alaska Fairbanks, Robert Herrick berkata, perubahan itu selepas meneliti imej kawasan Zuhrah yang dianggap paling aktif dengan aktiviti gunung berapi.

“Imej yang diperoleh daripada saintis terdahulu menjadi bukti bahawa terdapat aktiviti gunung berapi di planet Zuhrah.

“Bagaimanapun, meneliti imej tersebut umpama mencari jarum di dalam jeram kerana ia sangat mencabar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI