fbpx

Dewan Rakyat: Perak, Kedah, Kuala Lumpur catat penurunan tanah rizab Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, terdapat penurunan dalam tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur, Perak dan Kedah berdasarkan kutipan data pihak berkuasa negeri di Semenanjung Malaysia.

Nik Nazmi berkata, Kedah menurun daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537 hektar, Kuala Lumpur daripada 1,003 hektar kepada 999 hektar dan Perak daripada 953,042 hektar kepada 953,040 hektar.

“Negeri-negeri lain pula semuanya mencatat peningkatan temasuklah jumlah besar tanah rizab Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Kawasan tanah rizab Melayu menyaksikan peningkatan sebanyak 0.67 peratus iaitu daripada 4.963 juta hektar kepada 4.996 juta hektar pada tahun lalu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang ingin tahu mengenai berapa jumlah keluasan asal tanah rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, pihak berkuasa negeri perlu menggantikan keluasan kawasan yang dibatalkan dengan tanah-tanah lain yang sama jenis dan luasnya sebagai rizab Melayu.

Ketika menjawab soalan tambahan Ismail, Nik Nazmi menjelaskan tiada keperluan untuk membentang kertas putih berhubung isu tanah rizab Melayu.

“Selain faktor keluasan, aspek nilai tanah turut diambil kira oleh kerajaan negeri dalam membuat penggantian tanah rizab.

“Kerajaan akan mengkaji mekanisme untuk mempertahankan jumlah tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur yang menyaksikan jumlahnya berubah-ubah sejak rekod terawal pada 1986,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI