fbpx

Dewan Rakyat: Aplikasi lupus kenderaan buruk akan diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menjelaskan kementerian tersebut dalam proses membangunkan sistem melalui aplikasi atau kaedah digital yang lain bagi pembatalan pendaftaran kenderaan motor secara dalam talian.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata, sistem tersebut bertujuan untuk memudahkan mana-mana individu yang berhasrat untuk melupuskan kenderaan buruk atau yang telah rosak dengan membuat pembatalan pendaftaran kenderaan tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kenderaan buruk tersebut seterusnya akan boleh dilupuskan oleh syarikat pelupusan sisa pepejal, Kemudahan Rawatan Automatif Berlesen (AATF) yang diiktiraf mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan.

“Diharap dengan pelaksanaan inisiatif ini, ianya akan dapat menyelesaikan itu lambakan kenderaan buruk dan usang di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu apakah usaha-usaha kerajaan bagi menguruskan pelupusan kenderaan buruk dan kenderaan akhir hayat (ELV), di samping menjaga kelestarian alam sekitar.

Tambah Hasbi, perkara melibatkan pelupusan kenderaan dan kelestarian alam sekitar bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya semata-mata tetapi turut melibatkan kementerian lain.

“Kerajaan begitu memberi perhatian kepada isu lambakan kenderaan motor yang tidak lagi sesuai digunakan di atas jalan raya sama ada dari aspek keselamatan penggunaannya serta dari aspek pencemaran kepada alam sekitar.

“Dalam hal ini, Kementerian melalui JPJ sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan terlibat untuk mengkaji hala tuju jangka masa panjang mengenai perkara ini termasuk mengkaji konsep pelupusan kenderaan usang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI