fbpx
Keadaan sebuah rumah di Bohor Temak di Kangar yang terjejas akibat ribut pada petang ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri di Perlis terjejas akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Beberapa lokasi di negeri ini termasuk bazar Ramadan dan Aidilfitri terjejas akibat dibadai ribut kira-kira pukul 5 petang tadi.

Kejadian mengakibatkan kerosakan khemah niaga di Bazar Ramadan Taman Sena Indah dan tapak jualan Aidilfitri di Kangar Jaya.

Selain itu, berlaku kejadian pokok tumbang menimpa kenderaan serta bumbung rumah dan kedai makan termasuk di Bohor Temak diterbangkan angin kencang.

Terdapat juga gerai berbumbungkan zink yang diterbangkan ke atas bumbung Pasar Borong Kangar. – KOSMO! ONLINE

POPULAR