fbpx

Wanita rindu bekas kekasih kaki pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pernah dipukul dan dicekik sehingga lebam, seorang wanita ingin kembali bersama bekas kekasihnya kerana berasa kehilangan.

Perkara itu didedahkan wanita berkenaan apabila dia meminta berkongsi pendapat di Twitter sama ada harus menerima bekas kekasihnya semula atau tidak.

Lebih parah, apabila wanita itu juga berasa sunyi dan kehilangan selepas sebulan tidak bertemu dan berhubung.

Menurut wanita terbabit, dia sudah bercinta bersama bekas kekasihnya itu selama lapan tahun dan sering dipukul sehingga lebam.

‘‘Teman lelaki aku ni lain sikit, dia memang kaki ‘control’. Asyik fikir aku dengan lelaki lain, lepastu bila dia dah marah, dia memang akan naik tangan.

“Nak dijadikan cerita, muka aku masam sebab sakit ‘period, dia ingat aku tak suka jumpa dia, kami bergaduh dan bergelut dalam kereta, dia cekik dan tolak muka aku kat tingkap,” luah wanita berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rara orang ramai menasihatkan dia untuk meneruskan kehidupan dan cari lelaki yang lebih baik untuk masa hadapannya.

Menurut seorang pengguna yang ingin dikenali sebagai Dira, lelaki yang suka memukul ini harus ditinggalkan kerana allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik dan tahu menghormati wanita.

Aishah pula berpendapat, lelaki seperti ini tidak perlu diberi peluang kedua. Sayangi diri dan jangan biarkan lelaki atau kekasih memukul kita.

“Kalau dah naik tangan, kenapa nak kembali semula. Baru jadi ‘teman lelaki’ belum tentu jadi suami,” Luah Aishah.

Perkongsian yang dikongsikan oleh ConfessTweetMy mendapat perhatian dan menjadi perdebatan orang ramai dengan tontonan sebanyak 238,000, 844 tanda suka dan 317 ulang siar di aplikasi Twitter. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI