fbpx

Trauma sebab apa? Soalan Fadzil Zahari untuk Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMEN ditinggalkan Fadzil Zahari dalam hantaran Instagram program hiburan menarik perhatian netizen perihal dakwaan Diana Danielle bahawa anak keduanya, Nur Aurora trauma.

PETALING JAYA – Pendedahan aktres Diana Danielle tentang anak keduanya, Nur Aurora trauma ketika mengulas dakwaan suaminya, Farid Kamil tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anaknya mengundang perhatian adik kepada pelakon itu, Fadzil Zahari Kamil.

Fadzil menerusi ruangan komen Instagram sebuah program televisyen yang memuat naik video temu bual media bersama Diana ketika keluar dari perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi menulis satu soalan yang bertanyakan mengapa anak saudaranya itu berasa trauma.

“Trauma sebab apa?” tanya Fadzil berhubung dakwaan dinyatakan Diana berkenaan anaknya, Aurora, 7.

Soalan Fadzil yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin bagaimanapun menerima respons kurang baik daripada netizen yang sebaliknya mahu dia bertanyakan sendiri perkara tersebut kepada Farid.

Bahkan ada juga yang menegur Fadzil agar tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain meskipun perkara tersebut membabitkan keluarga abangnya sendiri.

Pagi tadi, Diana yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi proses perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mendedahkan Aurora berasa trauma ketika menjawab pertanyaan media tentang kesahihan Farid yang mendakwa sudah 23 hari tidak berjumpa dengan anak-anaknya sejak krisis rumah tangga mereka diketahui umum.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan perceraian terhadap Farid atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) antara mereka. Farid bagaimanapun enggan menceraikan Diana.

Pasangan yang berkahwin pada 3 November 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI