fbpx

Sumbat 63.41 kg ganja dalam Naza Ria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (dua dari kiri) menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas daripada seorang di IPD Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan Yong Peng dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, melalui serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman kira-kira pukul 8.30 malam itu, pihaknya berjaya merampas 70 ketulan mampat ganja seberat 63.12 kilogram (kg).

Katanya, anggaran harga ganja yang berjaya dirampas mengikut harga pasaran semasa adalah berjumlah RM157,800 dan boleh digunakan oleh kira-kira 31,560 orang penagih.

“Turut dirampas adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria bernilai RM10,000 selepas didapati digunakan sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diedarkan secara kecil-kecilan di sekitar Batu Pahat dan negeri Johor.

“Bagaimanapun, suspek yang bekerja di bengkel kereta serta sudah berkeluarga itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau selain ujian air kencing tiada mendapati tiada pengaruh dadah,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat hari ini.

Menurut Ismail, suspek dipercayai telah aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak awal Mac lalu dan dadah terbabit yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan sebatan

“Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula 27 Mac hingga 1 April untuk siasatan lanjut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI