fbpx

Suami isteri beli tanah kubur sendiri berharga RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fanny dan suaminya meninjau beberapa kawasan perkuburan untuk membeli tapak kubur mereka sendiri. – TikTok

JAKARTA  –  Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang suami isteri sedang meninjau beberapa tapak perkuburan untuk dibeli sebagai persiapan dalam menghadapi hari kematian, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok oleh wanita bernama Fanny Kondoh,  dia dan suami  pada mulanya meninjau kawasan perkuburan di San Diego Hills, wilayah Jawa Barat. 

Tapak di kawasan perkuburan itu berharga sekitar 380 juta rupiah (RM110,834) namun, mereka tidak memilihnya.

Ini kerana kata Fanny,  masjid di sekitar tanah perkuburan itu tidak aktif selain kawasan itu  turut menempatkan kubur penganut agama lain.

Mereka kemudian pergi ke kawasan perkuburan Al-Azhar yang dikhaskan untuk  jenazah orang Islam. 

Kawasan perkuburan itu  mempunyai sistem penyiraman rumput automatik, manakala  penyelenggaraan juga percuma untuk seumur hidup.

“Saya belum memiliki anak, jadi saya tidak mengharapkan orang lain atau anak sendiri untuk menjaga kubur saya nanti,” kata Fanny.

Tapak kubur yang akhirnya menjadi pilihan Fanny dan suaminya adalah jenis plot tanah Super Double berharga 342 juta rupiah (RM99,747).

Video mereka menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Di saat orang lain berlumba-lumba membeli barangan mewah, kakak ini dan suaminya sebaliknya memilih untuk membeli tempat persemadian terakhir,” kata seorang netizen. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI