fbpx

Shiha Zikir Nasi Ayam tawar konsep makanan ala Cina Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu menu popular yang dihidangkan di restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Melalui gabungan lima rakan kongsi daripada pelbagai latar belakang, kemahiran dan pengalaman termasuk seorang selebriti, Nurshiha Mohd. Zikir maka terbinalah sebuah perniagaan berpotensi untuk menguasai industri makanan dan minuman tempatan untuk pelan jangka panjang.

Berbekalkan semangat, modal dan kekuatan diri berdepan cabaran besar dalam dunia perniagaan, wanita ini mula mengorak langkah dengan melancarkan restoran terbaharu Shiha Zikir Nasi Ayam pada pertengahan bulan Mac lalu.

Beliau yang meminati nasi ayam Hainan membawa konsep makanan Cina Muslim dalam menu-menu menarik yang ditawarkan kepada pelanggan.

Bertempat di lokasi strategik di Kampung Pandan, Nurshiha berkeyakinan perniagaan tersebut mampu mengukuhkan jenama makanan tersebut sekali gus meluaskan rangkaian perniagaannya.

“Terdapat tiga pilihan menu nasi ayan iaitu nasi ayam barbeku, nasi ayam roasted dan juga nasi ayam stim bagi memenuhi cita rasa pelanggan daripada pelbagai peringkat umur.

“Setiap set, dihidangkan dengan sup, kicap dan sambal yang dibangunkan daripada resipi pilihan sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran restoran terbaharu itu di sini baru-baru ini.

Selain nasi ayam terdapat pelbagai juadah lain yang menyelerakan termasuk mi kari, wantan goreng, mi wantan, mi goreng ala masakan Cina dan juga lauk pauk berasaskan makanan laut serta ayam pada harga tawaran yang berpatutan kepada pelanggan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI