fbpx

Mekanisme agihan bantuan banjir diteliti – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) mendengar keluhan wakil penduduk yang mendakwa keciciran daripada menerima BWI di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan meneliti mekanisme penyerahan bantuan banjir berikutan aduan diterima daripada mangsa yang tercicir daripada senarai penerima.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, kaedah peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri melalui pegawai daerah turut perlu dikaji semula.

“Jika mangsa tercicir daripada senarai jawatan kuasa daerah, kita akan dapatkan peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk diagihkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Saya yakin memang ada nama yang tercicir dan kita akan teliti,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa menerima memorandum daripada lebih 100 penduduk Taman Permint Perdana, Seberang Takir di sini yang mendakwa tercicir daripada senarai penerima bantuan wang ihsan (BWI) banjir.

Dalam pada itu, wakil penduduk, Mohd. Yatim Hashim, 62, berkata, mereka merayu kerajaan pusat menimbang semula permohonan mereka untuk menerima BWI yang sudah diagihkan pada bulan lalu.

Mohd. Yatim berkata, mereka kecewa dikatakan tidak layak menerima BWI sedangkan mematuhi prosedur ditetapkan iaitu mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengisi butiran ketua isi rumah (KIR).

Beliau berkata, aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melakukan siasatan kemungkinan berlaku salah guna kuasa membabitkan pihak terlibat dengan agihan BWI berkenaan.  – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI