fbpx

Kembar lahir ketika usia kandungan ibu 24 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tracey dan Mark gembira kerana bayi kembar mereka sudah dibenarkan pulang ke rumah. – The Sun

LONDON – Sepasang bayi kembar yang dilahirkan ketika usia kandungan cuma 24 minggu kini dibenarkan pulang ke rumah selepas 150 hari menerima rawatan di hospital, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Matthew Ifan dan Elgan Sion Rees masing-masing ketika dilahirkan hanya seberat 538.6 gram dan 566.9 gram, menyebabkan doktor-doktor meramalkan peluang mereka hidup tipis.

Pasangan kembar itu juga telah dipindahkan ke empat hospital berbeza untuk menjalani beberapa pembedahan bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Ibu bayi-bayi tersebut, Tracey Evenden berkata, dia berasa gembira kerana dapat membawa pulang anak-anaknya selepas mengharungi perjalanan yang penuh dengan pasang dan surut.

“Ada masanya kami tidak tahu apa hasilnya. Kami melalui setiap jam dengan ada masanya berfikir bahawa ia mungkin saat terakhir (nyawa bayi kembar).

“Namun, kami telah melalui semua itu dan berharap agar ini adalah penamatnya (kesukaran),” kata Tracey.

Menurut bapa bayi kembar tersebut, Mark Rees, ketika dilahirkan pada Oktober tahun lalu, keadaan anak-anaknya begitu tenat sehinggakan dia dan isterinya diberitahu bahawa mereka akan menemui ajal.

“Ia membuatkan kami berdoa, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” ujarnya.

Matthew dan Elgan masih memerlukan penjagaan berterusan dan rawatan namun kini, kedua-dua bayi itu boleh pulang ke rumah mereka di Lampeter, Wales Barat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI