fbpx

Jang-woo, Hwanhee rupa-rupanya bersaudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Lee Jang-woo dan penyanyi Hwanhee (kiri).

MENGEJUTKAN! Pelakon Lee Jang-woo dan penyanyi veteran Hwanhee rupa-rupanya ada hubungan kekeluargaan dan mereka sebenarnya saudara sepupu.

Perkara tersebut hangat dibincangkan peminat dalam platform komuniti online.

Ramai netizen yang tidak menyangka Jang-woo yang terkenal menerusi penampilannya sebagai ahli skuad minyak sawit dalam rancangan I Live Alone, manakala Hwanhee merupakan penyanyi veteran yang baru-baru ini meluncurkan single Stay Alive adalah sepupu.

“Wah! apabila melihat kembali wajah mereka, rupa mereka lebih kurang sama.

“Mereka merupakan sepupu yang cukup rapat kerana Jang-woo pernah muncul dalam video muzik Hwanhee.

“Maksudnya Lee Jang-woo dari minyak sawit? Saya masih tidak yakin ini adalah benar kerana merasakan seperti gurauan,” demikian komen-komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI