fbpx

Jadual lawatan PM ke Arab Saudi telah disusun rapi- Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lawatan julung kali Anwar ke Arab Saudi menerima taraf tetamu penuh negara dengan kemudahan berstatus diraja. - FOTO FB ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA- Kementerian Luar hari ini tampil menjelaskan bahawa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi telah diatur rapi dengan lebih awal.

Wisma Putra berkata, delegasi Malaysia juga turut diberikan taraf tetamu negara yang penuh meliputi penyediaan kenderaan, penginapan dan tahap keselamatan.

“Ia berjalan lancar bermula dengan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah selain iringan keselamatan oleh Saudi Royal Guard sendiri,” katanya di sini tadi.

Penjelasan itu dibuat susulan wujudnya pelbagai isu dibangkitkan beberapa pihak yang cuba memperlekahkan lawatan sulung Anwar ke negara berkenaan.

Ini termasuk Anwar tidak bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Perdana Menteri, Putera Mahkota Mohamad Salman yang juga anakandanya di ibu kota Riyadh.

Mengulas lanjut, Wisma Putra memaklumkan, isu dimainkan secara negatif itu adalah tidak adil dengan lebih bersifat spekulasi yang jauh menyimpang daripada fakta.

“Kami telah membuat persiapan awal meliputi siri perbincangan dengan Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur termasuk bertemu dutanya sendiri.

“Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga bertemu rakan sejawatnya, Putera Faisal Farhan di Riyadh pada 21 Februari lalu bagi menyelaraskan lawatan itu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI