fbpx

DJ Lin sedih tak dapat tatap wajah abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ Lin kehilangan dua orang tersayang iaitu ibunya, Puteh Jantan dan abang, Mohd. Yusof (gambar kiri) dalam masa selang kurang setahun.

PETALING JAYA – Penyampai radio, DJ Lin berkongsi berita pemergian abang kandungnya, Allahyarham Mohd. Yusof Abd. Majid yang meninggal dunia pagi semalam akibat masalah pernafasan.

Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid yang kini sedang mengerjakan umrah mengakui berasa sedih tidak dapat menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.

“Saya dapat khabar mengenai pemergian abang yang saya panggil Usop itu selepas tiba di hotel usai menunaikan solat tarawih di Masjid Nabawi.

“Saya sedih tak dapat tatap wajah arwah abang untuk kali terakhir. Saya cuma mampu mendoakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Pengurus Besar Suria FM itu, Allahyarham yang juga anak keempat daripada 10 bersaudara itu disahkan meninggal dunia pada pukul 5.10 pagi menerusi pemeriksaan pegawai perubatan.

“Sebelum itu, sekitar pukul 4.35 pagi, dia mengadu kepada isteri dan anak-anaknya bahawa dia sukar bernafas sebelum tidak sedarkan diri lima minit kemudian,” katanya.

Bagi Lin, kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga terdekat dalam tempoh tidak sampai sembilan bulan selepas pemergian ibu tersayang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

“Susah untuk digambarkan perasaan sebak serta kesedihan ini. Selepas emak meninggal dunia pada 24 Jun tahun lalu, kini kami kehilangan abang pula.

“Namun Allah lebih sayangkan arwah. Kenangan bersamanya akan sentiasa mekar dalam ingatan kami semua,” luahnya lagi.

Mohd. Yusof yang bertugas sebagai Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meninggalkan seorang balu dan enam cahaya mata.

Pada 24 Jun tahun lalu, DJ Lin kehilangan ibu tercinta, Puteh Jantan, 80, yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.50 pagi akibat kegagalan buah pinggang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI