fbpx

Minggu pertama ujian buat peniaga bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAZAR Ramadan menjadi pilihan utama umat Islam untuk membeli juadah berbuka puasa. - – GAMBAR HIASAN

Sejak awal Ramadan lalu sehingga kini, ada pelbagai cerita tidak sedap didengar mengenai keluhan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan jualan di bazar Ramadan.

Martabak dan roti john hangit terlebih garing, air minuman tawar dan makanan basi. Ini adalah dari segi kualiti makanan atau minuman itu.

Ada juga yang tidak berpuas hati apabila harga jualan terlampau mahal seolah-olah cekik darah pelanggan.
Sepanjang tempoh minggu pertama bazar Ramadan dibuka, ia adalah ujian pelanggan kepada para peniaga.

Sejak hari pertama Ramadan, pelanggan akan membeli makanan dan minuman sebelum membawa pulang serta menjamu selera apabila masuk waktu berbuka.

Jika hidangan yang dibeli mereka tidak sedap atau terlebih hangit, maka hari seterusnya pasti juadah di gerai yang sama tidak akan dibeli lagi.

Begitu juga dengan pembeli-pembeli lain yang mungkin tidak akan pergi lagi ke gerai yang tidak menyediakan juadah menyelerakan.

Maka pada minggu-minggu seterusnya, jika sesebuah gerai itu ramai pelanggan sehingga beratur panjang, pasti makanannya menarik dan sedap kepada majoriti pelanggan.

Jadi minggu pertama ini adalah ujian kepada peniaga, sekiranya tidak ramai pelanggan, jangan salahkan mereka. Lihat semula juadah yang dijual.

PAK YAAKOB
Ampang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI