fbpx

Melaka ke arah pembentukan Kerajaan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zahid menyampaikan sumbangan pada Majlis Santunan Kasih Ramadhan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Masjid Jamek Ar Rahman, Melaka. Foto SYAFEEQ AHMAD

JASIN – Melaka dijangka menuju ke arah pembentukan Kerajaan Madani seperti di peringkat Persekutuan yang memperlihatkan keharmonian pelbagai agama dan bangsa.

Bayangan itu dilontarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai, Serkam di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

“Perbezaan agama disantuni, keharmonian diberikan keutamaan. Inilah satu keindahan apatah lagi di dalam sebuah Kerajaan Madani yang terbentuk sekarang ini di peringkat Persekutuan.

“Insya-Allah di Melaka belum terbentuk Kerajaan Madani tetapi ke arah itu mungkin ada, pemberita jangan tanya perkara ini kepada saya kerana ia akan bincangkan dengan Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi BN Melaka,” katanya.

Pada majlis itu beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyampaikan sumbangan kepada lapan pusat tahfiz berserta duit raya dan lima geran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bernilai RM60,000.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini yang membenarkan beliau mendapatkan semula pasportnya, Presiden UMNO itu berkata ia membolehkan dia melakukan perjalanan antarabangsa untuk menghadiri sebarang majlis rasmi.

“Tentunya ini memberikan makna cukup baik untuk saya dan saya menghargai mahkamah. Khususnya kepada ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan peguam-peguam saya untuk yang arif memberi keputusan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI