fbpx

Jemaah umrah diingatkan jangan asyik bergambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua jemaah merakam gambar berhampiran Kaabah di Masjidil Haram di Mekah pada 20 September 2015. – AFP

MEKAH – Kementerian Haji dan Umrah menyeru pengunjung dua masjid suci  menghormati kesucian lokasi tersebut dan berpegang teguh pada akhlak yang baik ketika mahu merakam gambar, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Tambah kementerian berkenaan, pengunjung tidak seharusnya asyik bergambar, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada ibadah mereka.

Antara yang turut diminta oleh kementerian sama adalah jemaah tidak seharusnya memaparkan wajah individu lain dalam gambar peribadi tanpa kebenaran mereka.

Jemaah juga perlu mengelak daripada berhenti semata-mata untuk merakam gambar sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan.

Dalam pada itu, Presidensi Umum bagi Dua Masjid Suci turut menganjurkan lawatan turun padang bagi memastikan sistem perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung berada dalam keadaan baik. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI