fbpx

Terkejut harga tapak bazar Aidilfitri cecah RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video proses membida tapak bazar Aidilfitri yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Perkongsian video seorang lelaki ketika membida tapak bazar Aidilfitri mengejutkan orang ramai berikutan harga bidaan yang dikatakan sangat mahal.

Menerusi video berdurasi dua minit 22 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan hadir ke pejabat pihak berkuasa tempatan bagi membida tapak bazar sempena Karnival Aidilfitri di Kedah.

“Tapak mahal kena jual (pakaian) RM200, baru boleh dapat balik modal. Kalau jual RM70 macam saya memang tak boleh.

“Tapak saja pun dah RM30,000, mana boleh jual murah-murah. Khemah lagi, elektrik, pekerja lagi. Saya jual secara ‘live’ sajalah,” katanya.

Katanya, pembida perlu membayar deposit sebanyak RM2,000 semasa pendaftaran sebelum membida tapak berkenaan.

Bagaimanapun, deposit berkenaan boleh diambil semula sekiranya gagal membida mana-mana tapak untuk karnival tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna terkejut dengan harga sewa tapak perniagaan berkenaan yang dikatakan tidak masuk akal.

“Kasihan orang nak meniaga, nak cari makan pun kena ‘cekik’,” kata Sawit.

“Bazar di sini memang ramai orang akan tumpu di situ. Tak hairan harga tapak saja dah begitu, tetapi kalau tak pulang modal memang rugi,” kata Atiiq.

“Harga begini perkara biasa untuk tapak bazar, harga paling rendah biasa RM5,000,” kata Biela.

“Tapak mahal. Peniaga terpaksa jual harga tinggi untuk tampung kos. Yang merana rakyat. Jadi , sebenarnya kena murahkan harga tapak ke, barulah peniaga boleh jual dengan harga yang marhaen,” kata Nabela.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI