fbpx

Saya takut – Fathia Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATHIA tiba-tiba mencuri perhatian dengan satu siaran langsung yang memaparkan satu kekecohan namun kemudian terputus pagi tadi.

PETALING JAYA – Pelakon Fathia Latiff tiba-tiba meluahkan rasa kecewa kerana menyifatkan dirinya tidak diberikan keadilan sepatutnya daripada orang sekeliling.

Perkara tersebut diluahkan Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia binti Abdul Latiff selepas melalui insiden kenderaannya dilanggar oleh individu tidak dikenali di pekarangan sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

“Saya tak faham kenapa pada zaman ini zalim sangat kepada manusia. Baru-baru ini ketika di kawasan parkir di pusat beli-belah di Shah Alam, ada kereta tiba- tiba mengundur dan langgar kenderaan saya.

“Dia turun kemudian saya maklumkan kepada ayah tetapi ayah minta wanita berkenaan hubungi polis.

“Saya sedih juga tiba-tiba polis suruh datang buat aduan, kalau tidak akan dikeluarkan waran.

“Paling sedih, mengapa ayah tidak minta saya buat laporan polis sebaliknya wanita tersebut yang lakukannya,” katanya dalam perkongsian InstaStory.

Susulan daripada insiden tersebut, Fathia yang popular menerusi drama Ariana Rose merasakan dirinya tidak diberikan keaadilan  oleh orang sekeliling.

Malah, dia juga mendakwa ahli keluarga membenci dan kerap tidak memberikan perhatian kepadanya.

“Sedih sebab rasa tak adil dengan layanan yang orang berikan pada saya.

“Setiap kali nak luahkan perasaan, pasti akan ada pihak yang menghalang untuk saya bercakap perkara benar.

“Selain itu, setiap kali saya hendak bercerita, ahli keluarga juga lari daripada saya. Tak faham mengapa mereka benci sangat pada saya. Saya takut,” katanya lagi.

Selain itu, Fathia juga mencuri perhatian apabila muncul membuat siaran langsung Instagram namun seperti dihalang oleh ahli keluarganya.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai siaran langsung yang mengejutkan ramai pihak itu.

Sebelum ini, Fathia juga pernah dikecam kerana tindakannya tidak lagi memakai hijab sekitar tahun 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI