fbpx

Rempuh kedai gara-gara tersilap tekan pedal minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedai yang dirempuh kenderaan dalam kejadian di Jalan Bandar Timah, Ipoh semalam.-FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Gara-gara tersalah tekan pedal minyak, kenderaan dipandu seorang wanita meluncur naik pembahagi jalan dan merempuh masuk ke sebuah kedai di Jalan Bandar Timah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 9.52 malam dan kejadian tersebut berlaku ketika pemandu kenderaan jenis Proton X50 berusia 50 tahun meletakkan kenderaan di hadapan sebuah kedai.

“Selepas kesemua penumpang turun, pemandu kenderaan dipercayai tersilap tekan pedal minyak menyebabkan kenderaan tersebut naik ke atas “divider” kaki lima lalu merempuh masuk ke dalam kedai. Ketika kejadian, kedai berkenaan tidak beroperasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, pemandu kenderaan tersebut mengalami lebam di bahagian dahi dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, abang ipar mangsa berusia 60 tahun yang cedera di bahagian kiri badan dan mengalami luka di muka kini sedang dirawat di wad kecemasan HRPB.

“Mangsa bersama empat ahli keluarga termasuk dua orang kakak, abang ipar dan anak saudara datang dari Selangor ke Ipoh untuk bercuti. Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat kecuaian pemandu semasa meletakkan kenderaan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI