fbpx

Kanak-kanak 18 bulan tersepit pintu lif rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang diselamatkan bomba selepas tersepit pintu lif di PPR Hicom, Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki menahan kesakitan lebih 20 minit apabila tersepit pada pintu lif yang rosak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hicom, Seksyen 26 di sini, petang tadi.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa berusia 18 bulan cedera di kepala sebelum diselamatkan bomba.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, seramai 11 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.20 malam.

“Siasatan mendapati lif itu dinaiki lima individu termasuk mangsa dan bapanya dari tingkat enam bangunan berkenaan.

“Lif itu bagaimanapun rosak di tingkat empat dengan pintunya tiba-tiba terbuka hingga menyebabkan mangsa tersepit di lubang berdekatan dinding bangunan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Morni, kanak-kanak itu yang dalam keadaan sedar berjaya dikeluarkan bomba dengan peralatan khas dalam tempoh lima minit.

“Empat mangsa lain yang turut terperangkap dalam lif itu turut  dikeluarkan orang awam.

“Kanak-kanak yang cedera dikejarkan ke Hospital KPJ Shah Alam untuk rawatan lanjut,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI