fbpx

Empat syarikat korporat tunai zakat perniagaan RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsudin menyerahkan zakat perniagaan kepada Sultan Nazrin di Istana Iskandariah semalam.

KUALA KANGSAR – Empat syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2,000,293.30 yang diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di sini semalam.

MAIPk dalam satu kenyataan berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima zakat perniagaan tersebut daripada wakil empat syarikat berkenaan dalam satu majlis di Istana Iskandariah di sini.

“Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkefli Abdullah dengan jumlah RM1 juta.

“Ia diikuti UAC Berhad diwakili oleh Pengurus Besar Operasi Kilangnya, Zubair Abdullah dengan jumlah RM537,446.72,” katanya.

Syarikat seterusnya yang menyerahkan zakat perniagaan tersebut, menurut MAIPk, ialah Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad.

“Mereka diwakili oleh Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad, Shamsudin Yusof dengan jumlah RM277,935.41.

“Ia diakhiri oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak diwakili oleh Pengurus Besar, Yuha Ismail dengan jumlah RM184,911.25,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI