fbpx

Beri perhatian bangunkan pelajar, sekolah tahfiz seluruh negara – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) menyerahkan 100 pek makanan kepada penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ketika Program Kongsi Rezeki Ramadan di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharapkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan pelan dan dasar pembangunan pelajar dan sekolah tahfiz seperti mana yang dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau mahukan pendidikan di pusat tahfiz tidak terikat dengan subjek agama semata-mata dan perlu dikembangkan kepada mata pelajaran ilmiah yang lain seperti ditekankan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya percaya sejak daripada dulu lagi dari zaman Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri, kita mempunyai jawatankuasa Kabinet yang dibentuk khusus untuk melihat secara menyeluruh isu-isu berkaitan sekolah tahfiz dan juga melibatkan anak-anak yatim.

“Kita tak nak pelajar-pelajar tahfiz ini hanya terikat dengan pelajaran tahfiz semata-mata. Kita ada subjek dan mata pelajaran ilmiah yang lain untuk dikuasai mereka. Mereka belajar tahfiz dan dalam masa sama mereka belajar subjek lain untuk ambil SPM.

“Sebab itu kita menyediakan tahfiz Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk mewujudkan latihan kepada pelajar tahfiz,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 100 pek makanan sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI