fbpx

Bekalan bahan mentah cukup sepanjang Ramadan, Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foong Hin (tiga dari kanan) menggaul bubur lambuk sebagai simbolik Pelancaran Bazar Ramadan FAMA di Bazar Ramadan Asia City hari ini. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan tiada isu mengenai kekurangan barangan basah termasuk ayam dan telur bagi sepanjang Ramadan serta musim perayaan hari raya Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang aduan tentang kekurangan bekalan barangan dan menjangkakan semuanya mencukupi untuk menampung kehendak pengguna di seluruh negara.

“Stok bahan mentah untuk hari raya memang mencukupi setakat ini.

“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahupun kementerian kita memainkan peranan sama di dalam isu ini namun kementerian lebih kepada bekalan manakala KPDN untuk isu harga,” katanya.

Foong Hin berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pelancaran Bazar Ramadan FAMA di Bazar Ramadan Asia City hari ini.

Turut diagihkan 1,000 bekas bubur lambuk dan 300 pek kurma kepada pengunjung Bazar Ramadan Asia City.

Sementara itu, Foog Hin berkata, FAMA membuka tiga tapak bazar ramadan utama iaitu Asia City, Taman Putera Jaya Telipok dan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI