fbpx

53 penduduk berpindah ke PPS, rumah dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting membantu mangsa banjir untuk berpindah ke PPS Dewan Sungai Relung malam ini.- Ihsan JBPM Perak

TAIPING- Kira-kira 30 buah rumah di Kampung Batu 5 dilanda banjir kilat sedalam hampir satu meter malam ini.

Pegawai Bertugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,  Mohd. Faisal Mohd. Izham berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira -kira pukul 8.35 malam.

“Dua warga emas dikeluarkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dengan menaiki kenderaan utiliti untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sungai Relung.

“Seramai 53 orang penduduk turut berpindah sendiri ke PPS yang telah dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`