fbpx

31,600 bakal haji dinasihat segera jawab surat tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa 31,600 bakal jemaah haji untuk segera menjawab surat tawaran yang telah diedarkan kepada mereka yang terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu bagi musim haji 1444H/2023M bermula Rabu lalu.

Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

“Pihak kami memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang dalam akaun TH sejumlah bayaran haji yang tertera dalam surat tawaran serta mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital ataupun klinik-klinik kerajaan dan swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM) dan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperolehi visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan passport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran,” jelasnya.

Dalam kenyataan sama, bakal haji yang mahukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, boleh layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI