fbpx

Hakim wanita pakai tudung di mahkamah AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakim Nadia Kahf (kanan) yang merupakan wanita Islam pertama yang memakai hijab ketika bertugas di Mahkamah Tinggi Mukim Passaic, New Jersey, AS. - Foto ANNE-MARIE CARUSO/NORTHJERSEY.COM

WASHINGTON  – Seorang peguam, Nadia Kahf dilantik menjadi hakim memakai hijab pertama di Mahkamah Tinggi New Jersey, lapor media tempatan seperti dilaporkan agensi berita Anadolu Agency semalam.

Nadia yang merupakan lulusan undang-undang dan berasal Syria, mengangkat sumpah jawatan kelmarin dengan menggunakan kitab suci al-Quran, demikian menurut laman web berita tempatan, North Jersey.

Wanita itu akan berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah selepas Gabenor New Jersey, Phil Murphy mencalonkannya setahun lalu.

Walaupun Nadia bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai tudung kepala di kamar mahkamah.

Sejak 2003, beliau telah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey iaitu sebuah pertubuhan hak-hak sivil Muslim di mana Nadia kini berkhidmat sebagai Pengerusi.

Beliau juga merupakan penasihat undang-undang kepada Wafa House iaitu sebuah agensi antikeganasan rumah tangga yang berpangkalan di bandar Clifton dan Nadia juga merupakan Pengerusi Pusat Islam Daerah Passaic. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI