fbpx

Barang niaga dan rumah kediaman hampir musnah dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anis Suraya menunjukkan keadaan rumah dan kedai makannya di Kampung Jalan Baru Alor Pongsu yang musnah dipukul ribut.- FOTO WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Sebuah rumah penduduk di Jalan Baru Alor Pongsu hampir musnah, manakala dua buah yang lain bumbung tercabut setelah dipukul angin ribut petang tadi.

Penduduk, Anis Suraya Aziz, 29, berkata, ketika kejadian berlaku dia berada di rumah adiknya yang terletak kira -kira 10 meter dari kediamannya.

“Masa kejadian hujan lebat beserta angin kencang, namun tak sangka pokok berhampiran rumah tumbang menimpa rumah,” ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jalan Baru Alor Pongsu di sini hari ini.

Menurutnya, kedai makan yang diusahakan selama ini musnah sama sekali, manakala sebahagian daripada rumahnya turut musnah namun bersyukur ketika kejadian dia bersama dua anak selamat.

Tambahnya, segala barang masakan mee rebus yang telah siap untuk dijual di bazar Ramadan turut musnah.

“Saya hilang kata -kata apabila melihat segalanya musnah dalam sekelip mata. Anggaran kerugian hampir RM40,000 dan saya tidak tahu macam mana nak memperbaiki semula kedai dan tempat tinggal kami sekeluarga,” katanya

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali berkata, pihaknya akan memajukan perkara itu kepada pihak yang berkenaan untuk tujuan baik pulih.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan kewangan melalui akaun maybank 158417137253 (Anis Suraya Aziz) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI