fbpx

Yahaya pangku jawatan Ketua Polis KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya (kiri) dan Azmi (kanan) ketika majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR -Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Yahaya mengambil alih tugas itu daripada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kasim yang memangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini dengan upacara disaksikan Pengarah Jabatan Lojistik Dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan.

Pada majlis sama, berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kuala Lumpur antara Datin Sharifah Rodziah Syed Agil dengan Datin Sumarnie Haris.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kasim berkata, pengalaman menguruskan Kontinjen Kuala Lumpur sewaktu pandemik Covid-19 satu pengalaman yang sangat mencabar baginya ketika memangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Sementara itu, Sahabudin dalam ucapannya berkata, dirinya yang mewakili pucuk pimpinan teratas yakin dengan kepimpinan baharu IPK Kuala Lumpur yang diterajui Yahaya.

“Saya yakin Datuk Yahaya telah bersedia mentadbir, dengan pelan strategik yang tinggi dan berimpak untuk Kuala Lumpur.

“Kepada semua pasukan Kontinjen KL, berikan sokongan penuh pada Datuk Yahaya bagi mengekalkan kecemerlangan yang ditinggalkan Datuk Azmi,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI